Monday, July 6, 2009

Bahasa Melayu

Abdullah bin Abbdul Kadir (1796-1854) lebih dikenali sebagai Munsyi Abdullah adalah seorang intelektual Melayu abad ke 18. Dalam bukunya yang terkenal Hikayat Abdullah beliau menulis mengenai Bahasa Melayu seperti berikut:

"Aku berasa pelik melihat sikap orang Melayu, iaitu pekara yang tidak dibuat oleh bangsa lain, dibuatnya. Adakah semua bangsa di dunia ini membuang bahasanya sendiri, dan tidak menyediakan tempat untuk bahasanya? Orang Melayulah yang tidak mengendahkan bahasanya sendiri. Sebabnya kerana nenek moyangnya tidak menyediakan tempat untuk belajar bahasanya, jadi dia pun tidak berani membuatnya. Hairan aku. Tetapi setiap hari dia bertutur dalam bahasa Melayu, semua yang dibuatnya menggunakan bahasa Melayu...

Aku dengar, bangsa-bangsa yang besar di dunia ini mereka memiliki kepandaian membaca dan menulis, dan memelihara bahasanya. Umpamanya seperti Arab, Inggeris, Cina dan Hindu. mereka sentiasa memelihara dan memuliakan bahasanya. bahasa itu ditambah dan diluaskan, dibaiki dan dihaluskan sehingga hari ini."

No comments:

Post a Comment