Monday, March 23, 2009

TEORI RAHMAN

Saya mula membaca Teori RAHMAN yang melalui tulisan Subky Latif pada awal tahun 70an. Siapa yang mengilhamkan teori ini tidaklah diketahui. Pada masa itu Subky merupakan seorang wartawan kanan Utusan Melayu.Teori ini diambil dari nama Perdana Menteri Malaya/Malaysia yang pertama. Teori ini mengandaikan orang yang menjadi Perdana Menteri Malaysia mempunyai nama yang berawalkan salah satu huruf yang terdapat dalam perkataan RAHMAN. Dikatakan juga ia bergilir mengikut susunan huruf itu.Sehingga ini ia kelihatan betul mengikut urutan berikut:

PM Pertama : Rahman - Tunku Abdul Rahman
PM kedua : Abdul Razak - Abdul Razak Husin
PM ketiga : Husin - Hussain Onn
PM Keempat : Mahathir - Mahathir Mohamad
PM Kelima : Abdullah - Abdullah Ahmad Badawi
PM keenam : Najib - Mohd Najib Abd Razak

Jika Najib menjadi Perdana Menteri Keenam yang mana kemungkinannya ialah 99.9% maka sahlah teori ini.
Persoalanya kini selepas Najib siapa ? Teori RAHMAN sudah tamat.Adakah dengan lengkapnya Teori RAHMAN ini menunjukkan petanda akan berakhirnya Kerajaan Barisan Nasional. Selepas Pilihan Raya Ke-13 nanti Malaysia akan mempunyai Kerajaan Baru. Atau mungkin pula nama Barisan Nasional akan diganti dengan nama baru seperti mana Perikatan diganti dengan Barisan Nasional dahulu.

Sunday, March 22, 2009

Pantai Cherating Kuantan Pahang

Kami sekeluarga - Zah, Eyol, Yamin ,Adik dan Aku- belepas dari rumah pada pagi Khamis 22/03/1430 - 19/03/2009 menuju Cherating untuk bercuti selama empat hari sehingga hari Ahad 25/03/1430 - 22/03/2009. Mengunjungi Cherating setahun sekali sudah menjadi adat keluarga kami sejak beberapa tahun lalu. Laut Cina Selatan yang terbentang luas dengan pantainya yang landai dan bersih menambat hati kami untuk datang ke sini berulang kali. Hanya kini kami berlima sahaja. Pada tahun lepas hanya berempat. Tidak seperti tahun-tahun sebelum dua tahun yang lepas semua ahli keluarga dapat bersama. Kini itu merupakan pekara yang sukar.

Abang dan Kakak sudah berada di pengajian tinggi.Tidak lama lagi Eyol akan menyusul pula. Kakak berada di luar negara. Abang, walaupun dalam negara tetapi jadual cuti pengajiannya berlainan, jadi sukar baginya untuk menyertai kami.

Pada pagi Khamis yang cerah itu kami meninggalkan rumah di USJ dengan doa semuga Allah memberi keselamatan dan rahmat kepada perjalanan dan percutian kami dan perlindugan kepada milik kami yang ditinggalkan dan dapat kembali semula ke rumah dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Perjalanan ke Cherating dari KL mengambil masa empat jam termasuk waktu berhenti di Maran untuk urusan di Pejabat Tanah. Perjalanan melalui LPT hingga ke Maran dan kemudian mengikut Jalan Persekutuan hingga ke ke Cherating. Dari Gambang ke Kampung Sungai Ular jalannya berkembar dua seperti lebuh raya. Pemandangannya lebih ceria dan cuacanya lebih menyenangkan berbanding dengan LPT yang dikirikanannya hanya hutan atau ladang dengan cuacanya yang panas membuat mata menjadi mengantuk.

Kami tiba di Legend Resort kira-kira jam 2-30 petang. Ramai pengunjung kelihatan mudar mandir di lobi. Ramai juga yang hendak mendaftar masuk seperti kami. Sekarang musim cuti sekolah. Maka ramai yang datang bercuti bersama keluarga.

Kami menghabiskan masa selama empat hari di sini bersenang-senang. Berjalan menyisir pantai, mandi laut, bermain ombak, mandi dan berenang di kolam renang, memandang matahari terbit dipagi hari, beriadah di gynasium.....semuanya damai sekali.

Kami makan malam di Warung Ikan Bakar Awang yang terletak berhampiran dengan jalan masuk ke Club Med. Di Warung ini tiap-tiap antara kami dapat memilih makanan kesukaan masing-masing. Tidak ada yang mengatakan ada yang tidak sesuai dengan seleranya.

Abang dan Kakak menelefon bertanyakan bagaimana hal ehwal percutian kami. Mereka merindukan percutian ini. Kalau mereka ada suasana akan lebih ceria lagi.

Saturday, March 7, 2009

Yamin dan Adik

Hari ini Sabtu 10/3/1430 - 7/3/2009 Kami ( Zah, Yamin, Adik dan Aku) pergi ke KL. Mulanya kami pergi ke IJN kerana Zah hendak menziarahi sahabat sekerjanya Hj Abdul Rahman Muda yang diwadkan di sana untuk menjalanai pembedahan pintasan jantung.Semoga beliau selamat dan segera sembuh. Selepas itu kami pergi ke Sogo membelikan jam tangan dan pakaian untuk Adik dan Yamin. Adik dapat jam Casio, Yamin dapat jam Alba.

Pada hari ini Gerakan Memansuhkan Pebelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris mengadakan perhimpunan besar di KL bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada SPB Yang Dipertuan Agung. Polis pun sibuklah dengan trak merah dan gas pemedih matanya. Hanya hujan yang turun pada petang ini menawarkan sedikit bisa asap gas pedih itu.

Di Masjid AlFalah USJ malam ini diadakan Majlis Maulidur Rasul. Kami sekeluarga - Zah, Danial, Eyol, Yamin, adik dan Aku - pergi ke sana menyertai majlis itu. Ramai yang hadhir.Masjid hampir penuh terisi. Ketika kami sekeluarga tiba di perkarangan masjid bilal sedang melaungkan azan maghrib. Suaranya lunak menusuk kalbu.Kami sekeluarga masuk ke masjid menyertai jumaah yang telah ramai di sana.