Saturday, March 7, 2009

Yamin dan Adik

Hari ini Sabtu 10/3/1430 - 7/3/2009 Kami ( Zah, Yamin, Adik dan Aku) pergi ke KL. Mulanya kami pergi ke IJN kerana Zah hendak menziarahi sahabat sekerjanya Hj Abdul Rahman Muda yang diwadkan di sana untuk menjalanai pembedahan pintasan jantung.Semoga beliau selamat dan segera sembuh. Selepas itu kami pergi ke Sogo membelikan jam tangan dan pakaian untuk Adik dan Yamin. Adik dapat jam Casio, Yamin dapat jam Alba.

Pada hari ini Gerakan Memansuhkan Pebelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris mengadakan perhimpunan besar di KL bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada SPB Yang Dipertuan Agung. Polis pun sibuklah dengan trak merah dan gas pemedih matanya. Hanya hujan yang turun pada petang ini menawarkan sedikit bisa asap gas pedih itu.

Di Masjid AlFalah USJ malam ini diadakan Majlis Maulidur Rasul. Kami sekeluarga - Zah, Danial, Eyol, Yamin, adik dan Aku - pergi ke sana menyertai majlis itu. Ramai yang hadhir.Masjid hampir penuh terisi. Ketika kami sekeluarga tiba di perkarangan masjid bilal sedang melaungkan azan maghrib. Suaranya lunak menusuk kalbu.Kami sekeluarga masuk ke masjid menyertai jumaah yang telah ramai di sana.

No comments:

Post a Comment