Sunday, March 22, 2009

Pantai Cherating Kuantan Pahang

Kami sekeluarga - Zah, Eyol, Yamin ,Adik dan Aku- belepas dari rumah pada pagi Khamis 22/03/1430 - 19/03/2009 menuju Cherating untuk bercuti selama empat hari sehingga hari Ahad 25/03/1430 - 22/03/2009. Mengunjungi Cherating setahun sekali sudah menjadi adat keluarga kami sejak beberapa tahun lalu. Laut Cina Selatan yang terbentang luas dengan pantainya yang landai dan bersih menambat hati kami untuk datang ke sini berulang kali. Hanya kini kami berlima sahaja. Pada tahun lepas hanya berempat. Tidak seperti tahun-tahun sebelum dua tahun yang lepas semua ahli keluarga dapat bersama. Kini itu merupakan pekara yang sukar.

Abang dan Kakak sudah berada di pengajian tinggi.Tidak lama lagi Eyol akan menyusul pula. Kakak berada di luar negara. Abang, walaupun dalam negara tetapi jadual cuti pengajiannya berlainan, jadi sukar baginya untuk menyertai kami.

Pada pagi Khamis yang cerah itu kami meninggalkan rumah di USJ dengan doa semuga Allah memberi keselamatan dan rahmat kepada perjalanan dan percutian kami dan perlindugan kepada milik kami yang ditinggalkan dan dapat kembali semula ke rumah dalam keadaan selamat dan sejahtera.

Perjalanan ke Cherating dari KL mengambil masa empat jam termasuk waktu berhenti di Maran untuk urusan di Pejabat Tanah. Perjalanan melalui LPT hingga ke Maran dan kemudian mengikut Jalan Persekutuan hingga ke ke Cherating. Dari Gambang ke Kampung Sungai Ular jalannya berkembar dua seperti lebuh raya. Pemandangannya lebih ceria dan cuacanya lebih menyenangkan berbanding dengan LPT yang dikirikanannya hanya hutan atau ladang dengan cuacanya yang panas membuat mata menjadi mengantuk.

Kami tiba di Legend Resort kira-kira jam 2-30 petang. Ramai pengunjung kelihatan mudar mandir di lobi. Ramai juga yang hendak mendaftar masuk seperti kami. Sekarang musim cuti sekolah. Maka ramai yang datang bercuti bersama keluarga.

Kami menghabiskan masa selama empat hari di sini bersenang-senang. Berjalan menyisir pantai, mandi laut, bermain ombak, mandi dan berenang di kolam renang, memandang matahari terbit dipagi hari, beriadah di gynasium.....semuanya damai sekali.

Kami makan malam di Warung Ikan Bakar Awang yang terletak berhampiran dengan jalan masuk ke Club Med. Di Warung ini tiap-tiap antara kami dapat memilih makanan kesukaan masing-masing. Tidak ada yang mengatakan ada yang tidak sesuai dengan seleranya.

Abang dan Kakak menelefon bertanyakan bagaimana hal ehwal percutian kami. Mereka merindukan percutian ini. Kalau mereka ada suasana akan lebih ceria lagi.

No comments:

Post a Comment