Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431

Hari ini Rabu 10/12/1431 bersamaan 17/11/2010 adalah Hari Raya Aidil Adha. Malaysia meyambutnya sehari kemudian dari Saudi Arabia. Pada hari raya ini kami menyambutnya di rumah kami di Subang Jaya. Zah tidak ada di rumah kerana bertugas di Phnom Penh Cambodia. Kakak pula di Australia. Hanya Abang, Eyol, Yamin adik dan Abah di rumah.
Sambutannya sederhana sekali. Aku memasak Nasi Briyani (ikut resepi internet)yang pertama kali pernah aku lakukan, kari daging ( ikut resepi pada pek serbuk kari) dan ayam tandoori. hasilnya kira okaylah - semua yang makan tak ada complain . Itulah hidangan kami dipagi raya berserta buah-buahan dan aiskrim.
Paginya kami ke Masjid AlFalah di USJ 9 untuk solat sunat Aidil Adha. Kami tiba pada jam 7-30 pagi adalah antara yang terawal. Selepas solat kami balik dan makan. Selepas itu kami duduk dirumah menghabiskan masa di depan TV dan tidur.
Pagi tadi Zah telefon ketika kami tiba di Masjid dan bercakap dengan aku, Yamin dan Eyol. Abang dan Adik sudah masuk ke dala masjid. Pada tengah hari Shidah menelefon Eyol. Kakak menelefon pada awal alam. Dia ada exam esok. Sebelah malam Yamin pergi study di MacD.