Tuesday, July 28, 2009

Kakak balik ke Melbourne

Kakak balik ke Melbourne semalam 5/8/1430:28/07/2009 selepas bercuti dirumah selama tiga minggu.Dia balik ke sini pada 14/07/1430: 7/7/2009 yang lalu.Kuliahnya telah bermula semalam.Semua menghantarnya ke KLIA -mak, abah, abang,eyol, yamin dan adik. Kami mengambil adik di sekolah pada pukul 6-00 terus ke KLIA. Penerbangannya pada pukul 9-15.

Saturday, July 11, 2009

100 Hari Najib Menjadi PM Malaysia.

100 hari Najib menjadi PM Malaysia. Kata Dr Mahathir "lebih banyak yang negatif dari yang positif". Sudah tentulah antara yang negatif itu antaranya ialah pemansuhan PPSMI, cadangan untuk membina jambatan ketiga merentasi Selat Tebrau dari Johor ke Singapura dan melupakan projek pembinaan jambatan bengkok ke Singapura. Yang positifnya ialah Najib berjumpa rakyat dan tidak tidur malam, demikian dilaporkan oleh Malaysiakini 10/07/09. Saya tidak pasti selepas ini apakah Najib akan dapat terus lena tidur malam..

Thursday, July 9, 2009

THE PPSMI

At last the PPSMI , the cosmetic policy of teaching Mathematics and Science in English which was introduced in 2003 , was terminated for good. But it only involves form 1 to form 5. Its implementation will be done in stages begining in 2012. The current batch of students under PPSMI will be phased out by 2014.
The PPSMI is highly fovoured by the urban elite and middle classes many of whom whose first langguage is English. But it victimises the rural and urban low income groups students whose command of the langguage is weak. The problem further comp0unded by the inability of the majority of the teachers involved who are not proficient enough in English.
After six years of implementation the policy can be regarded as a failure.The students performance in mathematics, science and english declines especially for rural students Survey by local university found that pupil's English proficiency is only improved by negligible 3%. According to report on Trend on Mathematics and Science Study 2007 (The Sun 9/7/09 pg 2) the position of Malaysian pupils in maths has plunged from 10th (2003) to 20th (2007) and science from 20th (2003) to 21th (2007).
The policy was introduced by former PM Mahathir in 2003 as a response to the global economic downturn where at that time graduates were facing problem to get employed. Now it is interesting to watch how he will response. If his fovourite pet project - scenic bridge over Straits of Tebrau - to be a borometer, then , Najib will not have an easy sleep.

Monday, July 6, 2009

Bahasa Melayu

Abdullah bin Abbdul Kadir (1796-1854) lebih dikenali sebagai Munsyi Abdullah adalah seorang intelektual Melayu abad ke 18. Dalam bukunya yang terkenal Hikayat Abdullah beliau menulis mengenai Bahasa Melayu seperti berikut:

"Aku berasa pelik melihat sikap orang Melayu, iaitu pekara yang tidak dibuat oleh bangsa lain, dibuatnya. Adakah semua bangsa di dunia ini membuang bahasanya sendiri, dan tidak menyediakan tempat untuk bahasanya? Orang Melayulah yang tidak mengendahkan bahasanya sendiri. Sebabnya kerana nenek moyangnya tidak menyediakan tempat untuk belajar bahasanya, jadi dia pun tidak berani membuatnya. Hairan aku. Tetapi setiap hari dia bertutur dalam bahasa Melayu, semua yang dibuatnya menggunakan bahasa Melayu...

Aku dengar, bangsa-bangsa yang besar di dunia ini mereka memiliki kepandaian membaca dan menulis, dan memelihara bahasanya. Umpamanya seperti Arab, Inggeris, Cina dan Hindu. mereka sentiasa memelihara dan memuliakan bahasanya. bahasa itu ditambah dan diluaskan, dibaiki dan dihaluskan sehingga hari ini."