Wednesday, August 19, 2009

ZAHARAH BINTI YUSUF 1955-2009

Zah mendapat khabar Jaharah masuk ke HUSM KB pada pagi Sabtu 08/08/2009 setelah jatuh di rumahnya pada pagi itu. Di HUSM doktor mendapati dia menderita sakit barah hati dan pembedahan segera dilakukan. Selepas pembedahan dia koma dan dibantu melalui sistem mesin penafasan. kami amat ingin untuk menzairahinya segera tetapi kesempitan masa dan beberapa hal lain membuat kami hanya boleh pergi ke KB pada pagi sabtu 15/08/2009. Kami -Zah, aku, Yamin dan adik - berlepas awal pagi dan tiba di KB kira-kita jam 2-30 petang. Kami ke HUSM untuk menzairahinya tetapi tidak dapat masuk ke ICU dimana Jaharah ditempatkan kerana tempat itu merupakan kawasan kawalan kerana di dalamnya ada pesakit H1N1.Untuk memasukunya pelawat diwajibkan memakai pakaian khas. Pakaian itu disimpan oleh Nawi, suaminya, dan tidak dapat menjumpainya.

Esoknya 16/08/2009 kami menzairahinya di dalam ICU dan ia masih dalam keadaan tidak sedar denga penafasan dibantu oleh mesin.Keadaannya sangat mengharukan.Nawi memberi tahu kami ia juga mengalami beberapa komplikasi lain. Hal ini menyebabkab doktor tidak dapat melakukan pembedahan selanjutnya.Pada petang itu kami pulang ke USJ.

Pada pagi 18/08/2009 aku menghantar Zah pergi kerja seperti biasa. Sejak tiba dari KB Zah memantau keadaan Jaharah dari semasa ke sem,asa untuk mengetahui perkembangan terbaru. Doktor hendak melakukanpembedahan ketiga.Pada pagi itu Zah menghubungi Pak Ngah. Pak Ngah memberitahu doktor menasihatkan supaya anak-anak Jaharah dimaklumkan supaya kembali bersama ibunya.Doktor melakukan pembedahan pada pagi itu sebagai usaha untuk menyelamatkannya. Dia tidak dapat diselamatkan lagi. Janji Allah sudah tiba buatnya.Beliau meninggalkan empat orang anak dan suami dan dua ibubapa yang lanjut usia. serta adik-adik yang telah dewasa. Jaharah pergi pada usia 55 tahun pada Selasa 26/08/1430--18/08/2009 untuk selamanya ....Innalillahi wainnalillahi rojiuun.