Saturday, December 4, 2010

Masyithah Comes Home

Mek came home from Melbourne on 3/12/2010 arriving at LCCT KLIA at 7-15 AM . She comes home for holiday for about a month. We went to LCCT to pick her up there. Mak, Adik , Eyol dan Abah went to welcome her.

Wednesday, November 17, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431

Hari ini Rabu 10/12/1431 bersamaan 17/11/2010 adalah Hari Raya Aidil Adha. Malaysia meyambutnya sehari kemudian dari Saudi Arabia. Pada hari raya ini kami menyambutnya di rumah kami di Subang Jaya. Zah tidak ada di rumah kerana bertugas di Phnom Penh Cambodia. Kakak pula di Australia. Hanya Abang, Eyol, Yamin adik dan Abah di rumah.
Sambutannya sederhana sekali. Aku memasak Nasi Briyani (ikut resepi internet)yang pertama kali pernah aku lakukan, kari daging ( ikut resepi pada pek serbuk kari) dan ayam tandoori. hasilnya kira okaylah - semua yang makan tak ada complain . Itulah hidangan kami dipagi raya berserta buah-buahan dan aiskrim.
Paginya kami ke Masjid AlFalah di USJ 9 untuk solat sunat Aidil Adha. Kami tiba pada jam 7-30 pagi adalah antara yang terawal. Selepas solat kami balik dan makan. Selepas itu kami duduk dirumah menghabiskan masa di depan TV dan tidur.
Pagi tadi Zah telefon ketika kami tiba di Masjid dan bercakap dengan aku, Yamin dan Eyol. Abang dan Adik sudah masuk ke dala masjid. Pada tengah hari Shidah menelefon Eyol. Kakak menelefon pada awal alam. Dia ada exam esok. Sebelah malam Yamin pergi study di MacD.

Tuesday, June 15, 2010

BERWISATA KE INDONESIA - JAKARTA 12/06/2010 -14/06/2010

Kami sekeluarga kecuali kakak berlepas ke Jakarta untuk wisata pada 12/06/2010 menaiki pesawat KLM dari KLIA jam 4-20 ptg sampai di Bandara Sukarno-Hata jam 17-20WIB. Pemandu pelancung kami - Pak Karim dari PT Ever Green Travel & Transpotation - menunggu di Bandara .Dari bnadara kami dibawa makan malam di Restoren Sunda dan kemudiaanya mendaftar menginap di Hotel Bintang Giyawisata di Jalan Raden Saleh No.16,Jakarta Barat.

Pada Ahad kami dibawa melawat Kota Jakarta.Perjalanan melintasi Stesen Keretapi Gambir menuju ke Monumen Nasional Kami (Monas) . Kami berhenti di Monas untuk melihat-lihat dan mengambil gambar. Orang terlalu ramai kerana pada hari minggu ada upacara olahraga.Keluar dar Monas Pak karim membawa kami keliling Jakarta melalui kawasan perniagaan utama dengan gedung-gedung perniagaan dan pejabat dikiri kanan jalan dan melintasi Hotel Indonesia sambil menelusuri Jalan Husni Thamrin.Kami berkunjung ke Taman Mini Indonesia Indah. Disini terdapat replika kepulauan Indonesia didalam tasik.Terikan utama disini ialah model rumah kediamam disemua provinsi di Indonesia.

Pada tengah hari makan di Restoran Padang kemudiannya pergi ke Pasar Tanah Abang. Selepas itu kami pergi ke Masjid Istiqlal. Dalam perjalanan ke Kota Lama Jakarta (Batavia) dan Pelabuhan Sunda Kelapa kami melintasi Stesen Keretapi Jakara . Keluar dari Pelabuhan Sunda Kelapa kami pergi ke Pejabat Pos Lama Hindia Belanda dan tinggalan Pejabat Gabenur Hindia Belanda. Selepas itu kami makan malam di Restoran Sunda.

Pada hari Ahad kami ke Pasar ITC di Mangga Dua.Dalam perjalanan ke Bandara Sukarno-Hata kami makan di Restoran Padang berhampiran airport.

Sunday, March 21, 2010

BERWISATA KE BEIJING & TIENJIN 14/03/2010 - 19/03/2010

Kami berempat - Aku, Zah, Yamin dan Adik - berangkat ke Beijing dalam program wisata Muslim Tour yang diuruskan oleh Reliance Tours & Travel. Kami berlepas ke Beijing pada malam awal 14/03/2010 ndan pulang pada akhir 19/03/2010......

Sunday, January 10, 2010

MASJID ALFALAH USJ SUBANG JAYA

Malam tadi 25/01/1431 --10/01/2010 Masjid Al Falah USJ Subang Jaya mengadakan perhimpunan Majlis maulud dan Ilmu yang disertai oleh Ulama Besar dari Tahrim Hadharamaut.Zah dan aku ke sana jam 7 malam.Jemaah sangat ramai sekali. Masjid penuh sesak hingga keluar. Didalam masjid jemaah duduk berselisih bahu.
Majlis diisi dengan syarahan mengingatkan jemaah tentang kepentingan menjaga iman, kepentingan mengingati dan mengikuti sunnah Rasulullah saw.Ia juga diserikan dengan bacaan Qur'an, qasidah doa dan selawat......

Monday, January 4, 2010

Kakak balik Ke Melbourne

Kakak balik ke Melbourne pada hari ini 4/1/10 = 17/1/31 dengan penerbangan Airasia berlepas jam 1.20 dari LCCT dan dijangka tiba jam 12.10 pagi di Melbourne.