Tuesday, September 15, 2009

UMRAH RAMADHAN 1430

Zah sudah lama menginginkan perjalanan ini jika mungkin dengan seluruh keluarga. Tetapi itu sukar untuk terlaksana. Abang, kakak dan Eyol tidak dapat bersama kerana mereka sibuk di Pengajian Tinggi.Jadi kami berempat - Zah, aku, Yamin dan Adik - berlepas pada Sabtu 1/9/1430 - 22/08/2009 untuk mengerjakan umrah dan zairah di Makkah dan Madinah. Danial menghantar kami ke KLIA berlepas dari rumah jam 11-30 pagi untuk penerbangan pada jam 2-30 petang. Kami tiba di Jeddah jam 7-00 malam waktu Saudi. Dari Jeddah kami ke Medinah dan tiba disana menjelang Subuh. Pada Selasa 4/09/1430 - 25/09/2009 kami berangkat ke Makkah dan tiba di Kota Suci itu sebelum waktu asar. Kami berlepas pulang meninggalkan Mekah pada Isnin 10/09/1430 - 31/08/2009 selepas Zohor menuju Jeddah. Kami meninggalkan Jeddah pada 8-30 malam dan tiba di KLIA jam 11-50 pagi Selasa 11/09/1430 - 1/09/2009.